Governance

Lembaran Baharu di Yayasan UNITI: Tahniah & Terima Kasih!

Setiap perubahan membawa sinar dan semangat baharu. Kami di Yayasan UNITI amat berbesar hati mengumumkan barisan kepimpinan yang akan menerajui visi kami bermula Februari 2026. Pelantikan ini merupakan langkah strategik dalam memperkasa misi yayasan ke tahap yang lebih tinggi.

Pengerusi Yayasan UNITI Mohd Shaharom Bin Azmin
CEO Yayasan UNITI Puan Aisah Kairollah

Tahniah Atas Pelantikan Kepimpinan Baharu

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

  1.        Mohd Shaharom Bin Azmin – Dilantik sebagai Pengerusi Yayasan UNITI yang baharu.
  2.        Puan Aisah Kairollah – Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan UNITI.

Kami yakin dengan visi, kredibiliti, dan dedikasi gandingan baharu ini, Yayasan UNITI bakal membawa impak yang lebih besar dan bermakna kepada masyarakat. Selamat bertugas dan selamat maju jaya dalam menggalas amanah ini !

 

Penghargaan Buat Mantan Pengerusi, Dr. Syed Omar Syed Agil

Mantan Pengerusi Yayasan UNITI Dr Syed Omar Syed Agil

 

Sambil kita melangkah ke fasa baharu, seluruh warga kerja Yayasan UNITI ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Syed Omar Syed Agil.

Terima kasih, Dr., atas segala jasa, bimbingan, dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas sebagai Pengerusi dari Oktober 2023 hingga Februari 2026. Legasi kecemerlangan dan nilai yang telah Dr. terapkan akan sentiasa menjadi inspirasi buat kami dalam meneruskan perjuangan di Yayasan UNITI.

Yayasan UNITI komited untuk terus menjadi pemacu perubahan sosial. Ikuti perkembangan terkini dan aktiviti kami melalui laman web rasmi dan media sosial.

 

Leave A Comment

Your Comment
All comments are held for moderation.