Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019, kira-kira 5.8% daripada populasi negara—sekitar 1.9 juta orang—tidak pernah bersekolah atau tercicir daripada sistem pendidikan negara. Situasi ini menimbulkan kebimbangan terhadap akses mereka kepada pembangunan kemahiran dan kesannya terhadap tenaga kerja negara.
Sebahagian besar daripada mereka yang tidak melanjutkan pelajaran selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)—iaitu sekitar 72.1%—memilih untuk tidak menyambung pengajian. Isu ini perlu ditangani bagi memastikan peluang pendidikan yang sama rata untuk semua, seterusnya meningkatkan produktiviti dan daya saing Malaysia secara keseluruhan.
– BHarian.com.my, 18 Julai 2022
Education For All : Program ini adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan melalui penyelesaian yang inovatif dan berkesan, memastikan bahawa tiada sesiapa yang tercicir dalam usaha mengejar ilmu.
Sifir Xpress : Modul pembelajaran pantas yang direka khas untuk membantu pelajar menguasai sifir dengan mudah dan menyeronokkan.
Bantuan Buku Sekolah: Kempen mengumpul dan mengedarkan buku sekolah preloved kepada pelajar yang kurang berkemampuan bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa.
Feet 4 Life : Program ini bertujuan mengembalikan mobiliti dan harapan kepada individu yang kehilangan anggota badan, sekali gus memberi impak besar dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.
Rakan YU : Kempen ini adalah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Yayasan Uniti. Bertujuan menggalakkan lebih ramai penyumbang ikhlas untuk membantu membangunkan golongan B40 dan asnaf dengan lebih konsisten dan berkesan.
Sumbangan Umum : Fokus kepada program bantuan dan sokongan kepada golongan memerlukan.
Tree For Future : Projek ini dijalankan dengan kerjasama Utusan Malaysia dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Projek ini memberi fokus kepada pelajar yang memerlukan bantuan kewangan. Pelajar Kolej Uniti yang menyertai projek ini tidak hanya menimba ilmu mengenai teknik pertanian fertigasi tetapi juga diberi peluang untuk bekerja sambil belajar, mendapatkan sijil kemahiran, serta menerima elaun.
Derma: Sumbangan anda mampu mengubah kehidupan. Setiap ringgit membawa kita lebih dekat kepada penyediaan biasiswa, bahan pembelajaran, dan perkhidmatan sokongan pendidikan.
Sebarkan Mesej: Kongsi misi kami dengan rakan dan keluarga untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.
Sertai Kami: Sumbangkan masa atau kepakaran anda untuk membantu kami mencapai lebih ramai pelajar dan komuniti. Bersama, kita boleh memutuskan kitaran kemiskinan dan memberi mereka peluang untuk masa depan yang lebih cerah. Jadilah sebahagian daripada perubahan hari ini