KUALA LUMPUR, 24 Februari 2026 – Memasuki awal bulan yang mulia ini, Yayasan UNITI dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WKL) telah berjaya melaksanakan Program Ihya Ramadan menerusi agihan kurma kepada golongan sasar. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Infaq Ramadan Yayasan UNITI untuk menyemarakkan syiar Islam dan menyantuni komuniti kebajikan.
Pihak JKM WKL telah menyelaraskan agihan sumbangan kotak kurma eksklusif ini kepada beberapa institusi kendalian mereka dan rumah kebajikan rakan strategik. Antara institusi yang menerima manfaat termasuklah:
Institusi Kendalian JKM: ASKL, ABKL, dan STBSB.
Home Kendalian PSK WPKL: Tasputra Perkim.
Agihan ini bukan sekadar pemberian simbolik, malah ia membawa mesej keprihatinan masyarakat melalui kempen #sekotakkurmasejutaharapan yang dijalankan oleh pihak yayasan.
Dana yang dikumpul melalui Infaq Ramadan Yayasan UNITI tidak terhad kepada agihan kurma sahaja. Yayasan UNITI komited menyalurkan bantuan kepada projek-projek impak tinggi yang lain seperti:
Sempena bulan yang penuh barakah ini, Yayasan UNITI menjemput orang ramai untuk mendaftar sebagai RAKAN YU (Infaq Konsisten). Selain beramal, anda juga berpeluang menyertai Giveaway Ramadan dan memenangi hadiah EMAS sebagai tanda penghargaan kami.
Cara menyertai:
1.) Ikuti (Follow) akaun media sosial rasmi Yayasan UNITI.
2.) Daftar sebagai RAKAN YU melalui imbasan kod QR rasmi untuk sumbangan konsisten.
3.) Kongsi (Post) & Tag 3 rakan anda dengan hashtag #sekotakkurmasejutaharapan.
Setiap sumbangan yang disalurkan kepada Yayasan UNITI layak untuk mendapat resit pelepasan cukai di bawah pendaftaran LHDN. Ini merupakan nilai tambah bagi para penderma yang ingin menguruskan kewangan sambil beramal.
Untuk urusan resit pelepasan cukai, anda boleh menghubungi kami melalui:
WhatsApp: 019-336 6014
Lengkapkan ibadah Ramadan anda dengan berkongsi rezeki. Sedikit bagi kita, sejuta harapan buat mereka.
Daftar sumbangan secara konsisten melalui Kempen RAKAN YU :