Education For All merupakan satu projek dibawah Yayasan UNITI dengan kerjasama UNITI Waqi sdn bhd yang telah beroperasi sejak 1998 dengan nama 1 Keluarga 1 Graduan yang kemudiannya diberi nama baharu iaitu Education For All. Education For All memberikan fokus untuk membantu pelajar dari pelbagai latar belakang tidak kira kaum, bangsa, agama dan tahap pendidikan, khususnya pelajar dari golongan B40.
Misi kami adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan dengan menyediakan penyelesaian yang inovatif dan berkesan.
Education For All menawarkan pelbagai inisiatif pendidikan yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan metodologi pembelajaran yang berkesan. Salah satu program tersebut ialah Bengkel Pecutan SPM, sesi intensif yang diketuai oleh pasukan pendidik berkemahiran tinggi, yang direka untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar SPM.
SifirXpress adalah inovasi kaedah hafal sifir dengan pendekatan bermain. Berbantukan permainan (ArteraMaths) dan formula ‘SLIP’, proses hafalan sifir menjadi mudah, seronok dan mampu menyebut hafalan sifir tanpa turutan. Produk Arteramaths ini dihasilkan oleh Kolej UNITI Sdn Bhd sebagai permainan (peralatan) untuk memudahkan pembelajaran matematik, kejuruteraan dan kreativiti dalam bilik kelas untuk peringkat prasekolah dan sekolah rendah.
Platform e-tuisyen adalah platform pembelajaran dalam talian yang menyediakan sesi tuisyen interaktif untuk pelajar. Ia menggunakan teknologi digital untuk menyampaikan bahan pembelajaran, membolehkan interaksi langsung antara pelajar dan tutor melalui video, chat, dan bahan sokongan. Platform ini direka untuk memudahkan akses kepada pendidikan berkualiti, dengan fleksibiliti masa dan tempat, serta menyokong pembelajaran secara individu dan berkelompok.