PELUANG SAMBUNG BELAJAR DI KOLEJ UNITI UNTUK GOLONGAN ASNAF ATAU PELAJAR YANG KURANG BERKEMAMPUAN.
Yayasan UNITI dengan sukacitanya ingin menawarkan bantuan pendidikan kepada anda untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma dengan sebahagian pembiayaan ditaja oleh Yayasan UNITI.
SASARAN
- Pelajar Kurang berkemampuan / golongan Asnaf
- Tidak mendapat tawaran ke ipta
- Menepati syarat minimum 3 kredit
MANFAAT DI BAWAH TAJAAN YAYASAN UNITI
- Tiada yuran pendaftaran
- Elaun tunai setiap bulan. Akan di bayar RM 1000.00 setiap semester
- Yuran pengajian dan asrama dibayar melalui tajaan ptptn
- Yuran yang tidak dibayai oleh penaja (PTPTN) sebanyak RM 1750.00 ditangguhkan bayaran sehingga pelajar tamat pengajian. Ansuran RM 50/ sebulan sahaja. Pembayaran khas ini perlu dibayar semula selepas 6 bulan TAMAT pengajian iaitu ansuran RM 50.00 sebulan selama 35 bulan
- Bantuan kelengkapan RM 200.00
- Pelajar akan disediakan pengangkutan ke Kolej UNITI semasa hari pendaftaran
- Pegawai YU akan pantau kebajikan pelajar sepanjang belajar
- Insentif naik semester sebanyak RM 3, 450.00. pelajar akan diberi diskaun yuran pengajian sekiranya pelajar berjaya naik semester
- Pelajar berpeluang untuk mendapat ‘duit poket’ melalui program keusahawanan Kolej UNITI.
PAKEJ KEWANGAN SISWA ASNAF / PELAJAR YANG KURANG BERKEMAMPUAN DI BAWAH TAJAAN YAYASAN UNITI
- Total yuran RM 28,600.00
- Yuran pengajian di Kolej UNITI – RM 21,000.00
- Yuran Am Kolej UNITI – RM 2,240.00
- Yuran Kediaman Kolej UNITI – RM 5,360.00