Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM

Berlansungnya Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM di 3 buah sekolah di daerah Jempol /Jelebu serentak hari ini.

Sekolah-sekolah dipilih atas persetujuan pihak Yayasan Uniti dan Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu berdasarkan pencapaian percubaan SPM sekolah bagi sesi akademik 2022/2023.

Sekolah yang lemah di dalam subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah telah dipilih dengan harapan Program ini mampu mengubah prestasi sekolah menjadi lebih baik. Seterusnya para pelajar berjaya lulus di dalam subjek teras tersebut untuk melayakkan mereka menyambung pengajian kemana-mana IPT / IPTS pilihan mereka.

Tahniah kepada pihak Sekolah yang menjayakan program ini.

1. SMK Teriang Hilir

2. SMK Undang Jelebu

3. SMK Lui Barat

Terima kasih penyumbang Yayasan UNITI.. Insyaallah anda penyumbang kepada kejayaan anak-anak ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top